Permohonan Untuk Mengisi Jawatan Di Dalam Perkhidmatan Negeri Pahang Darul Makmur
Sila baca dengan teliti arahan-arahan berikut sebelum mengisi borang. Tekan butang 'Seterusnya >>' setelah selesai membaca.
1. Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan kosong dalam Perkhidmatan Awam Negeri Pahang dengan menggunakan Borang Permohonan Online yang disediakan.
2. Permohonan boleh dibuat sepanjang masa sama ada melalui Borang Permohonan Online atau melalui Borang SPA.PHG.2 . Walaubagaimanapun permohonan baru akan membatalkan permohonan terdahulu.
3. Pemohon boleh memohon sehingga lima (5) jawatan dengan menggunakan satu (1) permohonan sahaja.
4. Rujuk Skim Perkhidmatan di menu Maklumat Jawatan dan mohon jawatan mengikut kelayakan akademik anda.
5. Pemohon boleh menyemak Status Pendaftaran Permohonan di menu Semakan Status Pendaftaran Permohonan selepas 3 hari bekerja dari tarikh menghantar borang permohonan online.
6. Pemohon adalah dipohon untuk tidak mengemukakan semua salinan asal atau fotokopi sijil atau dokumen tetapi perlu berbuat demikian hanya sekiranya berjaya dipanggil untuk menghadiri temu duga.
7. Pemohon mestilah mencetak Maklumat Permohonan Jawatan setelah selesai membuat permohonan dan simpan sebagai rujukan.
8. Pastikan semua maklumat yang diisi adalah betul dan lengkap.
9. Ruang yang bertanda (*) adalah yang wajib diisi.
10. Tekan butang 'Keluar' di Menu untuk keluar dari aplikasi permohonan ini.


PERINGATAN
:
Di bawah seksyen 5, Akta Suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (semakan (1989), seseorang pemohon yang memberi maklumat palsu atau mengelirukan dalam borang permohonan jika disabitkan boleh dihukum penjara 2 tahun atau denda RM 2,000 (Dua Ribu Ringgit Malaysia) atau kedua-duanya sekali.